3 langkah wanita perlu lakukan selepas hubungan intim

3 langkah wanita perlu lakukan selepas hubungan intim

Terdapat beberapa cara wanita harus lakukan selepas hubungan intim bagi menjaga kebersihan dalaman.

Alat sulit wanita adalah organ paling sensitif dan memerlukan penjagaan khsusus supaya tidak dijangkiti kuman.

Namun ramai yang tidak tahu cara penjagaan sebenar sehinggalah anda mendapat beberapa kesan sampingan yang kemudiannya barulah anda membuat kajian mengenainya.

Cara penjagaan ini perlu diteliti terutamanya selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Menurut pakar sakit puan Leslie E F Page, apabila tisu faraj wanita melalui proses persetubuhan, cara ia bertindak terhadap persekitarannya akan berubah.

Jelasnya, risiko anda untuk mengalami jangkitan kuman lebih tinggi.

Oleh itu, sebaik sahaja anda melakukan hubungan intim, jangan sesekali melakukan tiga perkara di bawah.

1. Cuci kemaluan dengan sabun

Jika anda rasa mahu bersihkan faraj anda, pastikan anda tidak menggunakan sabun mandi.

Walaupun sabun ini efektif untuk membersihkan kuman dan kotoran, menggunakannya untuk membersihkan alat sulit anda sebenarnya boleh membawa padah.

Jika kulit anda bertindak dengan cara berlainan terhadap bahan kimia yaang terdapat kandungan sabun itu, anda berpotensi untuk mengalami reaksi alahan.

Bukan itu sahaja, penggunaan sabun juga boleh menyebabkan iritasi dan kekeringan pada kulit faraj anda.

2. Jangan lupa buang air kecil

Ketika anda menjalinkan hubungan intim, bakteria boleh ditolak masuk ke dalam pundi kencing.

Ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada pundi kencing anda.

3. Berendam di dalam kolam panas bersama pasangan

Aktiviti ini memang memberi gambaran indah selepas mengadakan hubungan intim, tetapi ia boleh membawa padah kepada alat sulit anda.

Ketika berendam di dalam “tub” panas bersama pasangan, anda terdedah kepada bakteria yang ada pada kulitnya.

Malah, pendedahan terhadap air secara berpanjangan boleh mengurangkan kecekapan kulit anda untuk menghalang mikrob daripada menembusinya.

Apabila vulva anda berkembang akibat respons terhadap seks, ia mendedahkan lagi pembukaan faraj anda. Ini bermakna potensi anda untuk mengalami jangkitan kuman adalah lebih besar.

Sumber: Independent.co.uk

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.