KKM keluar 30,000 surat amaran kepada perokok

KKM keluar 30,000 surat amaran kepada perokok

Menteri Kesihatan berkata pegawai yang ditangkap merokok di premis kementerian akan dikenakan tindakan tatatertib yang tegas.

Larangan merokok di tempat awam akan dikuatkuasakan mulai tahun depan.
PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan berkata sebanyak 30,698 surat amaran dikeluarkan kepada perokok menjelang penguatkuasaan larangan merokok di seluruh negara mulai tahun depan.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata pegawai penguatkuasa juga membuat pemeriksaan ke atas 129,180 premis setakat ini dalam tempoh 6 bulan penangguhan penguatkuasaan.

Katanya, beliau sedang mempertimbangkan untuk menghukum individu yang melanggar peraturan itu dengan melakukan kerja sosial berbanding mengenakan denda, kerana ini akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat.

Kerja sosial tersebut termasuklah aktiviti seperti membersihkan tandas awam.

“Ada yang berkata kepada saya di Twitter bahawa kementerian melaksanakan ini setengah hati kerana sekarang, ramai yang mula merokok semula.

“Saya menerima (kritikan) dengan hati terbuka,” katanya.

Tempoh lanjutan dibenarkan oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendidik pesalah daripada mengambil tindakan terhadap mereka.

Dzulkefly berkata malah pegawai kesihatan di kementeriannya juga masih merokok di premis kerajaan walaupun memperkenalkan inisiatif itu.

“Sebelum tempoh penangguhan berakhir, saya mahu tindakan tegas diambil, termasuk tindakan tatatertib terhadap pegawai yang ditangkap merokok di kemudahan kementerian seluruh negara,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.