
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.2010/2050 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1930 pada Jumaat lepas.
Seorang peniaga berkata, Jumaat lepas Presiden Donald Trump mengumumkan negara itu akan menaikkan tarif ke atas barangan China bernilai AS$250 bilion kepada 30% daripada 25%.
“Trump berkata, tarif ke atas AS$300 bilion lagi barangan China juga akan dinaikkan kepada 15% daripada 10%. Levi bernilai AS$50 bilion dijadual bermula pada 1 Okt manakala duti sebanyak AS$300 bilion lagi berkuat kuasa dalam 2 peringkat, masing-masing pada 1 Sept dan 15 Dis.
“Sementara itu, China turut melancarkan tarif baru pada Jumaat lepas ke atas barangan dari AS bernilai AS$75 bilion,” kata peniaga itu.
Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia diniagakan lemah berbanding yen pada 3.9715/9764 daripada 3.9284/9327 dan berbanding euro pada 4.6698/6760 daripada 4.6333/6383 sebelum ini.
Unit tempatan lebih rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0267/0300 daripada 3.0213/0237 dan berbanding dengan pound British pada 5.1412/1478 daripada 5.1147/1201.