
Rakan pelayan itu menghubungi polis selepas dia ditembak di bahu menggunakan pistol di bandar sub urban Noisy-le-Grand di timur Paris pada malam Jumaat, kata sumber itu.
Percubaan untuk menyelamatkan pelayan berusia 28 tahun itu gagal dan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut saksi, penembak terbabit yang berang “sandwicnya tidak siapkan dengan cepat” melarikan diri dari tempat kejadian.
Polis memberitahu AFP, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung pembunuhan itu.
Beberapa penduduk berkumpul di restoran yang menjual pizza dan sandwic tersebut.
“Dia terbunuh hanya kerana sandwic?” soal seorang penduduk di situ.
“Sungguh menyedihkan. Ia adalah sebuah restoran yang tenang, tanpa sebarang masalah. Ia baru dibuka beberapa bulan lalu,” kata seorang wanita.
Tetapi penduduk lain pula mendakwa tahap jenayah di kawasan itu tinggi, terutama pengedaran dadah dan mabuk di tempat awam.