
“Setiausaha agung mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang mengerikan pada 17 Ogos dalam satu majlis perkahwinan di Kabul yang meragut 63 nyawa serta mencederakan lebih 180 orang lagi,” kata jurucakap Guterres, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
Pemimpin PBB itu melahirkan “setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan serta rakyat Afghanistan.”
Beliau juga berdoa agar mangsa yang cedera cepat sembuh.
Letupan berlaku dalam dewan Shahr-e-Dubai di Daerah Polis 6 Kabul pada Sabtu ketika ia penuh sesak dengan tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan pasangan rakyat Afghanistan.
Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan maut itu, lapor media Afghanistan.
Kabul, yang mempunyai penduduk berjumlah hampir 5 juta orang, digegar beberapa siri serangan pengganas sejak beberapa tahun lepas.