SKMM gesa rakyat lapor kandungan berunsur ‘3R’ ke WhatsApp, emel

SKMM gesa rakyat lapor kandungan berunsur ‘3R’ ke WhatsApp, emel

Pengguna diminta menghantar tangkap layar, dan pautan kandungan tidak berhemah atau nombor telefon individu terbabit, ke talian dan emel khas.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menggesa rakyat tampil melaporkan kandungan-kandungan berunsur “3R” atau kaum (race), agama (religion) dan institusi diraja (royalty) di media sosial terus kepada saluran WhatsApp dan emel khas.

Pengguna diminta menghantar tangkap layar, dan pautan kandungan tidak berhemah itu atau nombor telefon individu terbabit, ke talian 0162206262 (WhatsApp) atau [email protected].

“Platform ini akan memudahkan proses bagi mempercepatkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kandungan 3R dengan kerjasama pihak-pihak yang berkepentingan,” kata Pengerusi Al-Ishsal Ishak dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, SKMM sekali lagi mengingatkan rakyat agar bersederhana ketika mengulas isu-isu sensitif bagi memelihara keharmonian dan kedamaian yang dicapai melalui “persefahaman yang dibina sejak 62 tahun yang lalu”.

Suruhanjaya meminta pengguna berfikir sejenak sebelum “tweet”, kongsi dan membuat ulasan yang boleh menyinggung perasaan pelbagai kaum.

“Jadilah rakyat yang matang dalam menilai dan membuat pendirian apabila berhadapan dengan ancaman yang boleh memecah-belah perpaduan demi kemakmuran bersama,” kata Ishsal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.