Airasia terima pesawat A330neo pertama

Airasia terima pesawat A330neo pertama

Menurut Airasia A330neo merupakan pesawat generasi baru sebenar bercirikan A330 badan lebar paling popular dan menggunakan teknologi A350 XWB.

Airasia berkata, pesawat A330neo akan membawa perubahan dalam kecekapan bahan bakar bagi operasi jarak jauh syarikat penerbangan itu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
AirAsia Bhd menerima pesawat A330neo pertamanya, yang akan beroperasi bagi syarikat bersekutu jarak jauhnya AirAsia X Thailand.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, pesawat itu diterima menerusi pemberi pajak Avolon dan menjadi antara 2 set A330neo yang pertama untuk menyertai kumpulan pesawat syarikat penerbangan itu pada akhir tahun.

“Menerusi cirinya yang ekonomik, A330neo akan membawa perubahan dalam kecekapan bahan bakar bagi operasi jarak jauh AirAsia.

“A330neo generasi baru itu akan ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok di Thailand, bagi menyokong pertumbuhan dan rancangan peluasan rangkaian syarikat penerbangan ke pasaran utama seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AirAsia berkata, A330-900 AirAsia X Thailand mempunyai 377 tempat duduk dalam konfigurasi 2 kelas, terdiri 12 Premium Flatbed dan 365 tempat duduk kelas ekonomi.

“Syarikat bersekutu jarak jauh AirAsia, iaitu AirAsia X ketika ini beroperasi menggunakan pesawat 36 A330-300 dan merupakan pelanggan terbesar bagi A330neo dengan sudah menerima 66 tempahan.

“A330neo merupakan pesawat generasi baru sebenar bercirikan A330 badan lebar paling popular dan menggunakan teknologi A350 XWB,” katanya.

Menggunakan enjin kuasa Rolls-Royce Trent 7000 terkini, A330neo menawarkan tahap kecekapan luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan bahan bakar 25% lebih rendah bagi setiap tempat duduk berbanding generasi pesaing sebelum ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.