
Keadaan kereta yang selamat dan baik perlu untuk pemanduan jarak jauh khususnya balik kampung.
Beberapa simbol utama sebagai tanda amaran pada kereta perlu diketahui supaya tahu apa yang perlu dilakukan.

1 . Temperature enjin – simbol ini menunjukkan kereta anda terlalu panas.

2 . Tekanan minyak – minyak pada enjin anda kurang atau terdapat sedikit masalah pada sistem minyak enjin.

3. Amaran enjin – apabila simbol ini menyala, anda seharusnya memeriksa kereta kerana simbol ini menyala disebabkan banyak perkara.

4. Bateri – simbol amaran yang memberitahu bahawa bateri kereta anda semakin lemah.

5. Minyak – kereta anda akan kehabisan minyak.

6. Tali pinggang – simbol peringatan untuk memakai tali pinggang.

7. Tekanan tayar – maksudnya tekanan tayar kiri dan kanan tidak sama.

8. Kawalan cengkaman – simbol amaran yang menunjukkan cengkaman tayar anda kurang baik. Ia boleh membahayakan anda.

9. Kunci anti break – terdapat masalah pada sistem break anti lock kereta anda. Oleh itu, kereta anda perlu diperiksa secepat mungkin.

10. Automatic shift lock dan enjin start indicator – simbol yang menunjukkan bahawa anda perlu menekan break untuk menghidupkan enjin atau tukar ke gear neutral.

11. Airbag – sistem airbag anda mungkin bermasalah sama ada pada salah 1 airbag atau kesemua sekali.

12. Lampu kabus – simbol ini menyala apabila lampu kabus anda terpasang dan anda tidak perlu risau!

13. Air pada wiper – simbol yang menunjukkan air wiper anda kurang, anda perlu isikannya kembali supaya tidak kering.
Banyak lagi simbol lain pada kereta anda dan mungkin tidak semua tapi ia penting untuk ketahui status kenderaan anda sama ada baik mahupun sebaliknya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]