
Salvini, yang memimpin parti pelampau kanan dan anti-imigran iaitu Parti Liga, hampir melipatgandakan konsensusnya kepada kira-kira 30% sejak Jun 2018, apabila beliau membentuk kerajaan gabungan dengan parti populis, Gerakan Lima Bintang, yang mengurangkan separuh sokongan terhadapnya kepada kira-kira 17%.
“Salvini datang kepada saya untuk memaklumkan bahawa Parti Liga berhasrat untuk mengganggu pengalaman ini dalam kerajaan dan menggesa pengundian diadakan untuk memanfaatkan konsensus yang dinikmati partinya ketika ini,” kata Conte kepada pemberita dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara nasional.
“Terpulang kepada beliau untuk menjelaskan kepada rakyat dan menjustifikasikannya kepada pengundi…alasan yang menyebabkan beliau secara pramatang dan mengganggu kerajaan,” kata perdana menteri itu.
“Saya akan memastikan bahawa dalam krisis ini, yang beliau (Salvini) mulakan, adalah proses yang paling telus,” kata Conte sambil meletakkan kesalahan berkaitan perpecahan yang berlaku dalam kerajaan di bahu menteri dalam negeri itu.
Terdahulu, Salvini mengeluarkan satu kenyataan yang menyebut bahawa “majoriti (bagi membentuk) pemerintah tidak lagi wujud” dan menggesa agar pilihan raya kilat diadakan.