
Dalam saman yang difailkan bulan lepas, LHDN berkata, Nazifuddin, seorang ahli perniagaan, tidak menfailkan taksiran cukainya dari 2011 hingga 2017.
“Kami menghantar satu notis pada 18 Mac memintanya membayar, tetapi beliau gagal berbuat demikian,” kata LHDN.
Ia berkata, Nazifuddin berhutang sebanyak RM1.54 juta pada 2011, RM5.71 pada 2012, RM5.44 juta pada 2013, RM3.78 juta pada 2014, RM1.79 juta (2015), RM2.27 juta (2016) dan RM12 juta (2017).
“Oleh sebab beliau gagal membayar tunggakan dalam tempoh 30 hari selepas notis dikeluarkn, maka denda 10% dikenakan ke atas jumlah tunggakan bagi tahun 2011 hingga 2017.”
LHDN berkata, kerajaan berhak mendapatkan jumlah wang yang tertunggak berserta tambahan 10% ke atas jumlah wang yang tidak dibayar.
Agensi itu juga mengenakan denda tambahan 5% ke atas jumlah cukai tertunggak selepas Nazifuddin gagal memberi respons.
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan kes.
Nazifuddin merupakan salah seorang anak Najib daripada perkahwinannya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.
Beliau dilaporkan bertunang dengan seorang ahli politik Indonesia tahun ini.
Beliau juga merupakan setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia.