
Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mendakwa Zarif “bertindak atau kononnya bertindak untuk atau bagi pihak, secara langsung atau tidak langsung, pemimpin agung Republik Islam Iran,” yang dikenakan sekatan pada Jun.
Menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan, semua harta Zarif dan kepentingan dalam hartanya yang berada di AS atau dalam milikan atau kawalan rakyat AS hendaklah disekat dan dilaporkan kepada kerajaan AS.
Mana-mana institusi kewangan asing yang dengan sengaja menjalankan atau memudahkan sesuatu transaksi yang penting untuk atau bagi pihak Zarif akan turut dikenakan hukuman oleh kerajaan AS.
Hubungan antara AS dan Iran merosot dengan ketara selepas Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 pada Mei 2018 serta mengenakan semula sekatan tenaga dan kewangan, yang dimansuhkan di bawah perjanjian itu ke atas Iran.
Iran menggantung sebahagian daripada komitmennya untuk tertakluk kepada perjanjian nuklear itu dan mengancam untuk melakukan lebih lagi.