Padah mewarnakan rambut, hampir buta dan muka membengkak

Padah mewarnakan rambut, hampir buta dan muka membengkak

Mewarnakan sememangmenjadi trend untuk remaja masa kini untuk tampil menarik namun tidak semua orang sesuai malah ada yang alami alahan teruk.

Steph O’Dell mahu kelihatan bergaya untuk sambutan ulang tahun ke-18 adiknya.

Dia membuat keputusan untuk mewarnakan rambut tanpa menyedari ia bakal membawa kesan buruk buat dirinya.

Selepas seminggu membuat sesi berkenaan di sebuah salon, dia mula mengalami alahan.

Mangsa yang berusia 24 tahun buta seketika menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital.

Malah, wajahnya turut menjadi bengkak.

“Ianya sangat teruk. Saya kesakitan dan kelihatan seperti makhluk asing.

“Nasib baik ia tak jadi semakin teruk. Saya tak akan warnakan rambut lagi,” ujarnya.

Kejadian berlaku di Milton Keynes, Buckinghamshire, England.

Sumber: The Sun

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.