
Konvoi polis tenteranya disambut para pelajar dan guru sekolah dan beberapa rakan sezaman dengannya.
Beliau memeluk rakan lama sekolahnya, mengejutkan beberapa orang apabila menteri itu mengenali mereka selepas hampir 50 tahun.
“Sekarang, selepas melihat rakan lama saya, saya baru sedar saya sudah tua. Sedih kerana saya selalu rasa sekurang-kurangnya dalam jiwa saya masih muda,” kata lelaki berusia 65 tahun itu sambil ketawa ketika beliau menyampaikan ucapan di dewan sekolah.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dilahirkan di Kampung Guar Petai pada 1954. Beliau menerima pendidikan rendah di SK Padang Menora, Tasek Gelugor, dan pendidikan menengah di SMK Bukit Mertajam dengan menamatkan pengajian sijil MCE, peperiksaan yang digantikan dengan SPM pada 1971.
Beliau memberitahu hadirin, beliau tidak pernah menjadi atlet tetapi lebih banyak menjadi pesorak dan hanya berminat menyertai debat.
Beliau mengingatkan kembali semasa beliau di sana, 6 guru dari sekolah itu berkahwin antara satu sama lain, dan beliau masih dapat mengingati nama mereka.

Beliau juga mengenang kembali pasukan bola jaring perempuan, yang dikatakannya adalah pasukan terbaik di negeri itu. Pasukan bola jaring sekarang yang berada di dalam dewan berdiri dan bersorak.
“Pengetua Wan Yahaya Wan Din adalah individu yang paling diingati di sekolah ini pada zaman saya,” katanya, sambil mengenang kembali bagaimana pengetua itu memberitahu kepadanya bahawa suatu hari nanti beliau akan menjadi orang politik.
“Anda tahu, rakan-rakan saya yang lain pilih tajuk mengenai mimpi yang ngeri, lawatan ke Kuala Lumpur.
“Saya, sebaliknya, memilih berucap mengenai sesuatu seperti ping-pong diplomasi bekas presiden Richard Nixon.”
Beliau merujuk sejarah permulaan hubungan diplomatik AS-China pada awal 1970-an, apabila sekumpulan pemain ping pong menjadi rakyat Amerika pertama yang melawat Republik China.
Mat Sabu berkata dengan penuh rasa ingin tahu, pengetua yang sama merupakan pegawai pilihan raya semasa kali pertama beliau menceburi politik, ketika beliau bertanding kerusi Parlimen Kepala Batas pada 1982.
Beliau mewakili PAS dan kalah kepada calon dari Umno Abdullah Ahmad Badawi, yang akhirnya menjadi PM pada 2003.

“Saya berterima kasih kepada pengetua lama saya kerana mempunyai firasat bahawa saya akan menjadi orang politik suatu hari nanti,” katanya.
Sebagai budak dari pekan kecil, beliau tidak pernah menjangkakan satu hari nanti beliau akan berunding dengan 5 pemain pertahanan utama: AS, UK, Perancis, China dan Rusia.
Beliau juga tidak pernah menjangkakan untuk memasak dan menghidangkan makanan untuk musuh politiknya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, lelaki sama yang menahannya di bawah tahanan ISA beberapa dekad lalu.
“Kami seperti kawan baik sekarang,” katanya meyakinkan hadirin.
“Hari ini, saya mengetuai mesyuarat keselamatan negara, untuk memastikan negara aman. Dan saya orang yang menasihati Agong semasa situasi kecemasan. Ia menakutkan. Kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya sendiri, adakah saya berada di tempat yang betul?
“Siapa saya hari ini, dan keyakinan yang saya bina, kerana itu saya perlu mengucapkan terima kasih kepada kakitangan sekolah yang mengajar saya.
“Kebanyakan mereka sudah pencen atau telah meninggal dunia sekarang. Tetapi saya mahu bertemu dengan mereka lagi,” katanya.
Mat Sabu kemudian diberi penghormatan untuk membuka Pusat Sejarah yang baru, di mana barang dari sekolah itu yang ditubuhkan pada 1964 dipamerkan.
Satu gambar beliau berada di bahagian VIP yang terkenal, bersama gambar nama beliau di dalam daftar sekolah 1966, menunjukkan beliau anak lelaki Sabu Din dari Madrasah Kg Baru, Padang Menora.
Beliau membuat lawatan ke kelas lamanya, F5S1 iaitu kelas aliran sains, dan beliau memberitahu pemberita supaya tidak terkejut.
“Saya bukan orang yang pandai ataupun bodoh. Saya hanya sederhana,” katanya.

Tiga rakan baiknya duduk bersamanya di kelas tersebut, mengingati masa lalu.
Abdul Rashid Osman, Mohd Daud Mohd Yusoff, dan Razali Yahaya, semuanya kini berusia 65 tahun seperti Mat Sabu menaiki basikal berulang alik dari rumah ke sekolah.
Razali mengenang kembali Mat Sabu suka bercakap banyak ketika itu.
“Dia berbakat mengendalikan ceramah, dan perbualannya akan membuat perjalanan kami yang jauh menjadi dekat.”
“Kami masih ingat dia sangat pandai menulis Jawi. Tetapi Ruminya tidak begitu baik lah,” kata Daud sambil ketawa.
Ketiga-tiga mereka berkata walaupun menjadi menteri, Mat Sabu tidak pernah melupakan mereka dan sering berhubung.
Rashid berkata, “Hari ini, kami masih menjadi ‘4 sekawan’ yang semua orang tahu.”