
“Jangan cakap mengenai agama,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan satu acara di Cheras hari ini. “Kes ini sangat sedih. Saya sendiri beri perhatian.
“Cakap tentang ibu dan anak perempuannya. Saya telah mengarahkan anggota saya menggandakan usaha mereka,” katanya.
Hamid berkata, polis tidak mempunyai petunjuk berhubung dakwaan Indira bahawa Riduan mendapat bantuan daripada pengikut pendakwah terkenal Dr Zakir Naik untuk menyembunyikan anaknya, Prasana Diksa.
Bagaimanapun katanya, polis sedang menyiasat dakwaan itu.
Indira dipanggil oleh polis minggu lepas supaya menjelaskan dakwaannya itu selepas membuat laporan polis berhubung perkara yang sama.
Dalam laporan yang dibuat di IPD Petaling Jaya, Indira mendakwa beliau mensyaki NGO mesra-PAS, kumpulan pemisah selatan Thai dan pengikut Zakir terbabit melindungi Riduan.
Mengenai isu berasingan, Hamid berkata pasukan polis akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila menahan individu yang mengidap Sindrom Down.
Beliau berkata, terdapat 320,000 orang pengidap autisme di seluruh negara, sementara 478 bayi yang dilahirkan dengan gangguan itu merupakan anak anggota polis.
“Kami kini melatih anggota supaya mematuhi SOP apabila menahan individu pengidap autisme,” katanya.