Pakatan tentera diketuai Arab Saudi bom kem pemberontak Houthi di Sanaa

Pakatan tentera diketuai Arab Saudi bom kem pemberontak Houthi di Sanaa

Serangan udara pakatan tentera diketuai Arab Saudi menyasarkan kem tentera di daerah Kutbayn di timur laut Sanaa dan kem di Aroush di tenggara.

Pemberontak Houthi mendakwa membedil ibu pejabat pakatan pakatan tentera diketuai Arab Saudi yang terletak di sempadan barat daya Najran. (Gambar AFP)
SANAA:
Pakatan tentera diketuai Arab Saudi melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas lokasi pemberontak Houthi di Sanaa, Yaman pada Ahad petang, lapor agensi berita Xinhua.

Serangan udara itu menyasarkan kem tentera di daerah Kutbayn di Nehm di timur laut Sanaa dan kem di Aroush di daerah Khawlan, tenggara Sanaa.

Bunyi letupan kedengaran sehingga ke pusat bandar Sanaa, namun belum ada laporan mengenai sebarang kecederaan atau kematian.

Serangan udara itu dilancarkan beberapa jam selepas pemberontak Houthi mendakwa membedil peluru berpandu balistik dan serangan bom di ibu pejabat pakatan itu yang terletak di bandar sempadan barat daya Najran di Arab Saudi.

Namun, tiada sebarang pengesahan dibuat pihak gabungan setakat ini.

Houthi baru-baru ini meningkatkan serangan peluru berpandu dan dron ke Arab Saudi, bagaimanapun kebanyakannya serangan berjaya dipintas dan dimusnahkan tentera kerajaan.

Sejak 4 tahun lalu, pasukan pakatan itu membantu tentera kerajaan memerangi pemberontak Houthi, selain menyokong pemerintahan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.