Walau mahal manapun helmet yang anda beli, pasti tidak akan lari daripada kesan calar kerana bergesel dengan pelbagai objek.

Jika terlalu banyak kesan calar, pasti akan mengganggu penglihatan anda ketika sedang menunggang.
Visor helmet adalah bahagian yang paling penting untuk melindungi penunggang serta pembonceng daripada terkena air hujan, sinar matahari serta dimasuki debu.
Bagaimanapun, ia tidak terlepas daripada kesan calar.
Tanggalkan secara cermat, kerana takut jika tersalah tarik, anda berkemungkinan mematahkan sendi penting pada visor.
Perhati betul-betul kedudukan skru yang mengikatnya.
Gunakan air sabun ketika mencuci visor dan bilas ia dengan air mengalir supaya kotoran yang melekat boleh hilang dengan cepat.
Permukaan visor yang masih basah perlu dicuci dengan kertas pasir halus (berukuran 1,500-2,200SW) dan lalukan di bawah air.
Cuci berulang kali terutamanya bahagian yang banyak calar.
Selesai cuci, permukaan visor akan nampak kusam, tunggu beberapa saat sebelum membersihkannya.
Keringkan visor helmet, kemudian gilap bahagian kusam dengan lilin khas atau White compound.
Pastikan guna kain lap lembut untuk pastikan ia kering dan nampak berkilat.
Sumber MASKULIN
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]