Korea: Loteng kelab malam runtuh, 2 maut, 10 cedera, termasuk atlet dunia

Korea: Loteng kelab malam runtuh, 2 maut, 10 cedera, termasuk atlet dunia

Pihak berkuasa mengesyaki loteng kelab malam di bandar Gwangju runtuh disebabkan lebih muatan.

Pegawai bomba Gwangju, Korea Selatan berkata, lebih 10 orang cedera, termasuk atlet asing yang menyertai kejohanan renang dunia berlangsung 12 hingga 28 Julai di bandar Gwangju. (Gambar Twitter)
GWANGJU:
Loteng di sebuah kelab malam runtuh dalam satu kejadian pada Sabtu di bandar barat daya Gwangju, meragut 2 nyawa selain mencederakan lebih 10 orang, termasuk atlet yang menyertai Kejohanan Dunia FINA ke-18, lapor agensi berita Yonhap.

Ibu Pejabat Kebakaran dan Keselamatan Gwangju berkat, kejadian berlaku kira-kira 2.30 pagi dan mangsa yang maut ialah warga Korea Selatan.

Pihak berkuasa mengesyaki loteng itu runtuh disebabkan lebih muatan.

Pegawai bomba berkata, lebih 10 orang cedera, termasuk atlet asing yang menyertai kejohanan renang dunia berlangsung 12 hingga 28 Julai itu.

Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan 9 atlet asing cedera, iaitu 4 Amerika, 2 New Zealand, masing-masing seorang dari Belanda, Itali dan Brazil.

Kesemua mereka terdiri atlet polo air, kecuali Brazil, kata pihak berkuasa, dengan 6 daripadanya wanita.

Antara warga asing bukan atlet yang cedera ialah 2 lelaki rakyat Uzbekistan.

Pihak perbandaran Gwangju dan jawatankuasa penganjur kejohanan akan memberikan bantuan sewajarnya untuk membantu atlet yang cedera.dunia, kelab malam, gwangju, korea selatan, atlelt, lebih muatan, runtuh

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.