Jangan lupa ke ‘Art Of Speed’ 2019 minggu ini!

Jangan lupa ke ‘Art Of Speed’ 2019 minggu ini!

Pada mereka yang meminati kereta dan motor unik dan antik, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke pameran Art Of Speed, di MAEPS, Serdang Sabtu dan Ahad ini.

Art Of Speed acara pameran motosikal dan kereta kustom terbesar di Malaysia dan seperti tahun-tahun sebelum ini, pelbagai acara menarik akan berlangsung termasuklah beberapa tarikan baru yang ditambah bagi memberi pengalaman terbaik untuk semua yang hadir ke acara ini.

Berbeza dengan Art Of Speed sebelum ini, bilangan artis yang akan beraksi hujung minggu ini bakal bertambah dan disebabkan itu disediakan stage yang lebih besar dan hebat, Sound Circus!

1. Sound Circus

Sound Circus Supported By Vans ini akan menampilkan band ternama tanah air seperti Kapow, Restraint, Masdo, Bittersweet dan Hujan pada hari Sabtu manakala band Asheed (Def Gab C), Cinta Buatan Malaysia dan Blues Gang pada Ahad.

2. Hausboom X AOS 2019 Hot Wheels “Lil Beach”

Khas untuk Art Of Speed 2019, Hausboom telah menghasilkan sebuah kereta Volkswagen Beetle Gen 1 pada skala 1:1 mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh jenama Hot Wheels.

Lebih menarik, model ini merupakan model full-scale pertama di Asia yang mendapat pengiktirafan daripada Hot Wheels!

Pada mulanya model ini hanya untuk pameran sahaja tetapi selepas akur dengan cabaran di Twitter, model ini akan diberikan kepada pengunjung bertuah di Art Of Speed!

Syaratnya anda perlu membeli pek edisi khas Hausboom x AOS 2019 esok. Jika anda pemenang bertuah, anda bakal bawa pulang model ini.

3. Pameran Hot Wheels “Japan Historics 3”

Hot Wheels Malaysia secara rasminya akan memperlihatkan barisan model “Japan Historics 3” yang akan berada di pasaran tahun hadapan.

Peminat yang hadir juga turut dapat melihat model Nissan Skyline dan Honda City Turbo II skala sebenar bersama model diecast prototype secara lebih dekat. Hot Wheels Lead Designer (Premium & Collector Segment) Steve ‘Van’ Vandervate turut akan terbang dari Amerika Syarikat untuk bersama anda.

Jika anda mempunyai sebarang item Hot Wheels untuk ditanda tangan oleh Steve, jangan lupa bawa ke Art Of Speed nanti!

4. “Mizuki” kereta mini bernadikan enjin Hayabusa

Boleh atau tidak enjin motosikal gerakkan sebuah kereta? Jawapannya adalah ya.

“Mizuki” adalah model hibird antara badan kereta Mini Cooper dikuasakan enjin motosikal Suzuki Hayabusa.

Boleh kata ini adalah antara model paling unik yang anda boleh lihat di Art Of Speed tahun ini.

Bukan itu sahaja pengunjung bertuah berpeluang untuk membawa pulang kereta unik ini!

Bagaimana? Setiap tiket masuk anda merupakan lucky ticket yang akan dicabut pada hari Ahad.

Jadi semua yang hadir ke Art Of Speed mempunyai peluang untuk memiliki kereta yang unik ini.

5. Hail Vintage

Pameran barangan vintaj, Hail Vintage diteruskan tahun ini dengan koleksi yang lebih meriah.

Jika anda mahu lihat “emas biru”, kena datang dan lihat sendiri pameran Hail Vintage.

Tidak ada sebab untuk tidak mengunjungi Art Of Speed 2019 hujung minggu ini atau anda akan menyesal.

Jangan lupa ajak rakan untuk terjah MAEPS bagi sama-sama meriahkan acara ini.

Tiket untuk ke Art Of Speed masih dijual secara atas talian berharga RM20.

Namun, tiket untuk ke acara Sound Circus yang dijual berasingan sudah pun habis!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.