AS tidak mahu Turki aktifkan sistem pertahanan udara S-400

AS tidak mahu Turki aktifkan sistem pertahanan udara S-400

Presiden Donald Trump dalam satu mesyuarat tertutup di Rumah Putih pada Selasa berkata, beliau tidak pernah menimbangkan untuk mengenakan sekatan ke atas Turki.

Kerajaan Turki menegaskan sistem pertahanan udara S-400 tidak akan diintegrasi ke dalam sistem NATO dan tidak akan mendatangkan ancaman kepada pakatan itu.
WASHINGTON:
Amerika Syarikat (AS) mahu Turki tidak meneruskan operasi sistem pertahanan udara Rusia S-400 yang dibeli dari Moscow, lapor agensi berita Anadolu memetik Setiausaha Negara Mike Pompeo pada Khamis.

“Mungkin akan ada lebih banyak sekatan selepas ini, tetapi sebenarnya kami tidak mahu S-400 beroperasi. Itulah objektif kami. Itulah yang kami sarankan kepada Turki sejak berbulan lalu.

“Kami beritahu mereka bahawa ia tidak sesuai dengan F-35,” kata Pompeo dalam temu bual dengan Bloomberg.

Presiden Donald Trump dalam satu mesyuarat tertutup di Rumah Putih pada Selasa dilaporkan memberitahu parti Republikan bahawa beliau tidak pernah menimbangkan untuk mengenakan sekatan ke atas Turki.

Trump berulang kali menyuarakan keengganan mengenakan sekatan terhadap Turki, ketika mengumumkan Ankara disingkirkan daripada program pesawat pejuang F-35. Penyingkiran itu dijangka selesai pada akhir Mac 2020.

Turki mendakwa langkah itu diambil susulan usaha berterusan untuk membeli sistem pertahanan AS berakhir dengan kegagalan, yang menyaksikan Ankara memeterai kontrak pembelian S-400 daripada Rusia pada 2017.

Para pegawai AS berhujah bahawa sistem pertahanan Rusia itu tidak sesuai dengan sistem NATO dan berkemungkinan mendedahkan F-35 kepada muslihat Rusia.

Turki bagaimanapun menegaskan bahawa S-400 tidak akan diintegrasi ke dalam sistem NATO dan tidak akan mendatangkan ancaman kepada pakatan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.