
Katanya, mustahil Azmin berbuat demikian kerana beliau menang besar dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti tahun lalu.
Beliau berkata, Azmin mempunyai sokongan kuat dalam kalangan pimpinan parti dari peringkat Majlis Pimpinan Pusat sehingga ke sayap Pemuda dan Wanita.
“Beliau ada keabsahan politik atau ‘political legitimacy’ untuk terus bersama PKR dan PKR adalah basis politik Azmin,” katanya kepada FMT hari ini.
Terdahulu, Utusan Online memetik sumber sebagai berkata, Azmin dijangka menyertai Gerakan dalam masa terdekat selepas meninggalkan PKR susulan pergeserannya dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dalam kontroversi video seks sejenis.
Hilman mendakwa pihak yang memfitnah Azmin bakal keluar PKR direka mereka yang kalah.
“Fitnah Azmin akan meninggalkan parti ini datang daripada orang yang kalah dan selalu kalah dengan Azmin.
“Memang hasrat dia supaya Azmin keluar dan mereka boleh tunggang parti ini sesuka hati mereka. Malangnya, itu tidak akan berlaku. Azmin akan tetap bersama PKR.”