Selamat datang ke dunia… Agong, Raja Permaisuri timang cucu lelaki

Selamat datang ke dunia… Agong, Raja Permaisuri timang cucu lelaki

Cucu putera itu adalah anak kepada Puteri Seri Paduka, Tengku Puteri Iman Afzan yang dilahirkan pagi tadi.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar menimang seorang cucu lelaki ke-3 hari ini.

Khabar gembira itu dikongsikan Tunku Azizah menerusi hantaran foto putera itu di Twitter rasmi milik baginda.

Cucu itu adalah anak Puteri Seri Paduka, Tengku Puteri Iman Afzan Sultan Abdullah yang selamat melahirkannya pada pagi Selasa.

“Welcome to the world (Selamat datang ke dunia)…my grandson no 3 (cucu lelaki beta nombor tiga)… Iman selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi…alhamdulillah,” tulis Tunku Azizah di Twitter.

Perkongsian foto itu menjadi perhatian warganet dan mendapat lebih 1,000 tanda suka kurang 30 minit sejurus foto itu dimuat naik oleh Tunku Azizah.

Pengguna Twitter turut menzahirkan ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka berdua.

Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah bernikah pada 4 Ogos tahun lepas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.