
James Jeffrey, yang juga berkhidmat sebagai utusan khas AS bagi Gabungan Global untuk Menewaskan Daesh, akan mengadakan pertemuan pada Isnin dan Selasa dengan pegawai Turki di Ankara.
Lawatan Jeffrey adalah atas undangan kerajaan Turki, menurut kenyataan bertulis Jabatan Negara AS.
“Duta Jeffrey mengetuai satu delegasi antara agensi untuk meneruskan perbincangan dengan pegawai kanan Turki untuk memajukan isu kepentingan awam bersama berkaitan Syria.
“Ia bagi memasukkan langkah menangani kebimbangan keselamatan Turki yang sah, pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR 2254) dalam konflik Syria dan usaha berterusan bagi memastikan kekalahan Daesh,” menurut kenyataan itu.