Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom Holdings

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom Holdings

Mukhriz Mahathir kini hanya memegang 34.89 juta saham dalam Opcom Holdings Bhd.

Mukhriz Mahathir.
KUALA LUMPUR:
Mukhriz Mahathir menjual 72,600 saham dalam Opcom Holdings Bhd pada 15 Julai 2019.

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64% kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mukhriz ketika ini ialah menteri besar Kedah dan timbalan presiden PPBM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.