Memakai minyak wangi menjadi keperluan setiap individu tidak kiralah sama ada untuk pergi bekerja atau sekadar duduk di rumah.

Ia menjadi salah satu aksesori wajib baik lelaki mahupun perempuan.
Ini kerana dengan memakai wangi-wangian akan meningkatkan keyakinan diri dengan cara semulajadi.
Selain boleh menyerlahkan penampilan, memakai minyak wangi juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
Tentu anda stres bila minyak wangi yang disembur pada waktu pagi semakin hilang menjelangnya tengah hari.
Sebenarnya ada cara nak pastikan bau minyak wangi kekal lama.
1. Semburan di dada

Malah perpeluhan di kawasan ini juga akan meningkatkan lagi bau minyak wangi yang anda pakai.
2. Pakai losen atau pelembap dahulu
Kajian menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak berbanding kulit kering.
Jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan losen atau pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum anda menyembur minyak wangi.
3. Sapu Vaseline pada nadi
Tip berkesan agar bau minyak wangi bertahan lama ialah dengan menyapu sedikit Vaseline terlebih dahulu pada nadi sebelum anda memakai minyak wangi.
4. Elak simpan di tempat panas
Haba, cahaya dan kelembapan boleh memecahkan molekul pada minyak wangi dan mengurangkan kualiti baunya.
Langkah sebaiknya anda simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap.
5. Elak gosok selepas sembur

Cara yang baik, semburkan minyak wangi pada jarak 4-6 inci dari kawasan sasaran.
Elak sembur pada sesuatu kawasan itu dengan semburan yang lama atau panjang.
Cukup hanya semburan ringan kerana ia akan menyebarkan bau yang sama rata pada tubuh anda.
6. Sembur pada sikat rambut
Jangan sembur minyak wangi pada rambut kerana kandungan alkoholnya boleh membuatkan rambut jadi kering.
Sebaiknya, semburkan minyak wangi pada sikat dahulu sebelum anda menyikat rambut.
7. Pakai selepas mandi & sebelum pakai baju

Jadi pakailah minyak wangi selepas mandi dan sebelum anda memakai pakaian.
Cara ini juga akan menghalang bau minyak wangi dari mengotori pakaian atau aksesori anda.
8. Sembur di kulit yang panas
Minyak wangi berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik.
Selain di bahagian dada, anda juga boleh menyembur minyak wangi di belakang telinga, nadi pada sendi tangan, siku, celah paha, belakang lutut dan pergelangan kaki untuk mengekalkan bau minyak wangi.
9. Jangan bazirkan titisan akhir
Langkah berjimat, anda boleh campurkan titisan akhir minyak wangi ke dalam losen badan anda.
Ini akan membuatkan losen anda sentiasa wangi.
10. Elak goncang botol minyak wangi
Jangan goncang botol minyak wangi kerana cara ini akan membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti bauannya.
Sumber maskulin.com.my
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]