
Dilaporkan Malaysia merampas lebih RM1 bilion daripada akaun bank CPP milik kerajaan negara itu, membabitkan projek saluran paip yang tidak lengkap sepanjang 600km di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan 662km di Sabah.
Rampasan itu dibuat hampir setahun selepas Malaysia menggantung 2 projek paip bernilai AS$2.3 bilion dengan CPP sebagai kontraktor utama.
CPP ialah unit syarikat tenaga utama China, China National Petroleum Corp.
Mahathir dipetik sebagai berkata pada Isnin peruntukan untuk 80% daripada projek saluran paip itu sudah dibayar, namun kerja yang selesai hanya sebanyak 13%.
Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dilaporkan berkata kedua-dua negara wajar melakukan rundingan mesra ke atas sebarang masalah yang timbul daripada projek itu dan menyelesaikannya dengan cara yang bersesuaian.