
Pasti anda terfikir mengapa ramai lelaki yang botak tengah dan kebanyakan wanita tidak menyukainya.
Apatah lagi bagi golongan lelaki itu sendiri.
Mana tidak, rambut nipis pada usia yang muda sehingga menjadi botak di bahagian tengah kepala membuatkan anda mungkin tidak yakin berdepan dengan beberapa keadaan.
Umumnya ia juga dikenali sebagai premature balding, dimana keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Selain faktor genetik ia juga boleh berlaku di atas beberapa faktor.
Bahan Kimia Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut.
Melakukan “bleaching”, “rebonding”, mengerintingkan rambut atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan “mati”.
Tekanan
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti.
Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
Kurang Nutrisi
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi.
Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.
Tidak Cukup Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang.
Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur.
Ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda mendapat tidur yang mencukupi, dan ia mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]