Jom layangkan diri anda ke dunia vintaj

Jom layangkan diri anda ke dunia vintaj

Art of Speed adalah acara tempatan bagi mempamerkan seni kustom tempatan yang diubahsuai dengan gaya vintaj tersendiri.

Bagi peminat kereta dan motosikal kenderaan vintaj dengan rekaan tersendiri dari dalam dan luar negara, ini berita baik buat anda.

Buat kali ke-8 pameran kenderaan kustom dan vintaj Malaysia, Art of Speed (AOS) akan diadakan pada 27 dan 28 Julai ini bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), Selangor.

Ia menyaksikan koleksi kenderaan vintaj bernilai hampir RM2 juta melibatkan 16 daripada 155 vendor keseluruhannya.

Selain itu, ia juga menghimpunkan ramai pembina dan pembikin, termasuk peminat kereta dan motosikal dalam satu acara pameran seni kustom tempatan melibatkan aneka kenderan yang siap dimodifikasi dan diubahsuai, galeri seni, aktiviti interaktif dan pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik.

Menurut Pengarah Program, Asep Ahmad Iskandar, ia berbeza tahun ini dimana anda bakal melihat sentuhan kustom daripada motosikal Heiwa (Jepun) dengan BMW R9T Custom, Moon of Japan 1961 – Ford Falcon Sedan Delivery ‘PANTASTIC’ dan Hot Dock Custom Cycle (Jepun) – 1948 FL Harley-Davidson Custom ‘StG Nautilus’ yang menerima anugerah “Grand Champion” dalam acara S&S 50th Anniversary ‘World’s Largest Build-Off’ (2008).

“Setiap tahun AOS akan membawa masuk barisan kenderaan vintaj dan ubah suai dari luar negara. Tradisi itu diteruskan lagi dalam acara kali ini dengan menampilkan beberapa motosikal KQQL dan juga sebuah kereta istimewa dari Jepun,” katanya kepada FMT.

Kepada peminat kereta mainan kecik, Hot Wheels, jangan lepaskan peluang bertemu Pengurus Rekabentuk Global Hot Wheels (Premium dan Koleksi), Steve Vandervate yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat.

Juga ada pertandingan seni kustom, Art of Speed Invitational Car Build Off 2019, dikuasakan Petronas, yang menyaksikan 7 pembina bersaing merebut hadiah RM10,000 (pilihan juri) dan RM5,000 (pilihan awam).

Pada 27 Julai pula, barisan artis seperti Hujan, Bittersweet, Masdo dan Gerhana Ska Cinta akan berkongsi pentas dalam acara “Sound Circus” untuk pengunjung yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja dengan tiket bernilai RM35.

Bagi harga tiket masuk pameran pula bernilai RM20 sahaja.

Namun anda boleh mendapatkannya secara percuma untuk 4 tiket bagi masuk pameran dan “Sound Circus” dengan menjawab soalan dan syarat yang ditetapkan.

Sila layari laman sosial Facebook FMT Ohsem disini serta di laman sosial Instagram untuk menjawab soalan.

Ini yang perlu ada lakukan “Like-Tag-Jawab”

  1. Apakah perbezaan yang ditampilkan dalam Art of Speed kali ke-8?
  2. Senaraikan nama kumpulan yang terlibat dalam “Sound Circus” dan berapa had umur yang ditetapkan?
  3. Lengkapkan ayat ini tidak lebih 10 patah perkataan.

“Steve Vandervate yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat bagi….…..”

Tarikh tutup penyertaan adalah 20 Julai 2019.

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di artofspeedmy atau facebook ArtOfSpeedMY.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.