
Pihak berkuasa sedang memeriksa sama ada bank yang berpangkalan di Frankfurt itu melanggar undang-undang rasuah atau anti-pengubahan wang asing sewaktu menjalankan urus niaga melibatkan dana pembangunan kerajaan itu, yang menurut pegawai, akhirnya dicuri, lapor WSJ.
Bekas eksekutif Goldman Sachs Group, Tim Leissner yang mengaku bersalah berhubung satu urus niaga yang didedahkan tahun lepas atas peranannya dalam skandal 1MDB, kini membantu siasatan ke atas Deusche Bank, kata akhbar itu.
“Deutsche Bank bekerjasama penuh dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dan kawal selia yang menyiasat 1MDB,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan e-mel.
Ia merujuk kepada dokumen pelucutanhak aset yang difailkan oleh DoJ yang menunjukkan 1MDB memperdayakan Deutsche Bank dalam urus niaga berkaitan.
“Ini konsisten dengan dapatan bank ini sendiri berhubung perkara sama,” katanya.
Siasatan ke atas 1MDB tertumpu terutamanya ke atas wang berjumlah AS$6 bilion yang diperolehinya pada 2012 dan 2013. Goldman Sachs menguruskan urus niaga itu dan meraih bayaran sebanyak AS$600 juta.
Bank itu kemudiannya menggambarkan Leissner sebagai kaki tangan yang tidak jujur yang memintas kawalan dalaman bank berkenaan.
Bagaimanapun, DoJ dijangka memulakan rundingan dengan firma New York itu dalam masa terdekat bagi menyelesaikan satu siasatan jenayah ke atas bank berkenaan, lapor WSJ.
“Pada masa ini kami menjangka untuk mengadakan satu perbincangan aktif dengan Goldman dalam masa terdekat,” kata penolong peguam negara, Brian Benczowski dalam satu temu bual. Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai aspek lain kes 1MDB, katanya.