
“Saya telah menulis kepada istana banyak kali bagi menghadap untuk membincangkan isu-isu tertentu.
“Baginda juga merupakan sultan saya, jadi ia menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan jika ada kebimbangan dari pihaknya,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas tindakan kerajaan Johor membuat pusingan U mengekalkan had umur belia pada usia 40 tahun, selepas bersetuju menurunkan had itu kepada 30 tahun yang didakwa atas arahan istana.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin hari ini menasihatkan kerajaan negeri membincangkan isu had umur belia dengan istana Johor sebelum membuat keputusan.
Rabu lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 yang antara lain untuk menurunkan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun.
RUU itu diluluskan selepas dibahaskan 17 ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan hampir 5 jam.