
Beliau mengulas kesediaan kerajaan menerima tawaran untuk mengambil alih syarikat penerbangan negara itu.
Nazri berkata sebarang keputusan kerajaan pada masa sekarang adalah yang terbaik untuk Malaysia Airlines.
“Buatlah apa yang patut,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan menerima 4 tawaran yang majoritinya daripada anak tempatan untuk mengambil alih Malaysia Airlines.
Bagaimanapun belum ada keputusan dibuat mengenai tawaran itu.
Mahathir berkata masalah utama Malaysia Airlines ialah saingan dengan syarikat penerbangan tambang rendah yang menjadi pilihan ramai.