
Mereka berkata demikian ketika dihubungi FMT malam tadi. Dokumen “akuan bersumpah” bertarikh 2 Julai itu mengandungi beberapa perkara, antaranya mematuhi apa sahaja keputusan Anwar.
Muhyiddin dalam kenyataan di Facebook menambah: “Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya telah menandatangani satu dokumen akuan bersumpah mengenai peralihan jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar seperti yang tular di media sosial hari ini.”
Sementara itu, Zahid memberitahu FMT ia “fitnah yang jahat.”
“Saya baru ternampak gambar itu. Dalangnya mahu ‘kacau’ saya. Sama sekali bukan daripada saya,” katanya.