Bercakap tentang aksesori lelaki, kaca mata hitam merupakan antara pelengkap gaya yang paling penting.

Selain kegunaannya untuk menghalang daripada silau dan juga melindungi mata dari cahaya UV, ia kini dianggap sebagai salah satu aksesori yang mampu menyerlahkan personaliti pemakainya.
Jika anda biasa tengok seorang juruterbang, mesti perasan akan bentuk kaca mata hitam yang dipakai oleh mereka.
Ya, kerana itu sudah menjadi sebahagian daripada identiti dan gaya hidup mereka.
Jadi tidak hairanlah kaca mata hitam kini menjadi komoditi penggayaan yang cukup berharga bagi seorang lelaki!
Jadi buat anda yang ingin mencari cermin mata hitam mungkin anda berasa agak keliru dan ragu-ragu untuk pilih bentuk yang mana satu.
Berikut kompilasi beberapa jenis cermin mata hitam yang trendy dan mempunyai elemen klasik untuk anda si lelaki tampan.
WAYFARER

Inilah cermin mata hitam paling ikonik di kalangan lelaki terdapat di pasaran.
Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja dan mempunyai elemen universal – sesuai untuk semua majlis dan aktiviti.
Jika anda mahu cermin mata yang sesuai dipakai dengan semua jenis pakaian inilah bentuk yang harus anda gayakan.
CLUBMASTER

Juga pertama kali diperkenalkan oleh Ray-Ban, ia membawa elemen fesyen era 50-an dengan bingkai terbuka di bahagian bawah.
Selain membawa trend dan elemen nostalgik, Clubmaster mampu menarik perhatian ramai kepada pemakainya.
Selebriti popular seperti Robert Pattinson dan Bruno Mars sering dilihat menggayakan cemrin mata ini.
AVIATOR

Inilah antara filem yang telah mempopularkan gaya Aviator di kalangan penggemar kaca mata hitam di seluruh dunia.
Jika Wayfarer dianggap sebagai cermin mata paling ikonik, Aviator pula menjadi “lawannya” paling dekat.
Di definisikan oleh bentuk cerminnya yang bujur di bahagian tepi, ia biasanya dibuat menggunakan bingkai besi. Elemen uniknya pula adalah triple bridge.
BINGKAI BULAT

Gaya cermin mata ini menonjolkan sisi eksentrik pamakainya.
Disebabkan itulah ia sering digayakan oleh pengikut budaya hippies pada era 70-an dahulu.
Ia jua menjadi trademark buat penggaya fesyen steampunk.
NOTCH BRIDGE

Dengan bentuk bingkai yang ikonik karakter utamanya ialah di bahagian notch bridge yang terletak di antara dua bingkau. Ia membawa gaya klasik, timeless dan retro 1960-an.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]