Wabak Ebola: Zambia perketat pintu masuk sempadan

Wabak Ebola: Zambia perketat pintu masuk sempadan

Setakat ini tiada kes Ebola dilaporkan di Zambia.

WHO menyuarakan kebimbangan berikutan Republik Demokratik Congo merekodkan lebih 2,000 kes Ebola. (Gambar AFP)
LUSAKA:
Pihak berkuasa kesihatan Zambia mengetatkan lagi pengawasan di pintu masuk sempadan, berikutan peningkatan kes Ebola di negara jiran Republik Demokratik Congo (DRC), lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Kesihatan Chitalu Chilufya berkata, langkah itu bertujuan mengekang penularan wabak penyakit yang boleh membawa maut itu.

Beliau berkata, kerajaan bimbang dengan peningkatan kes Ebola serta penularan wabak campak di beberapa kawasan di DRC, memetik laporan Perbadanan Penyiaran Kebangsaan Zambia pada Rabu.

Sehubungan itu, kerajaan melatih petugas pasukan tindak balas yang akan bekerjasama dengan kakitangan kesihatan dari pelbagai negeri untuk menjalankan saringan ke atas setiap individu yang masuk ke Zambia.

Setakat ini, tiada kes Ebola dilaporkan di Zambia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyuarakan kebimbangan dengan situasi itu memandangkang DRC merekodkan lebih 2,000 kes Ebola.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.