
“Itu kita dah bincang. Pembangkang dah bincang dan saya bersetuju untuk itu.
“Tapi apa yang penting (daftar) automatik sebab orang kita malas daftar undi,” katanya di lobi Parlimen.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dibentang bagi bacaan kali pertama hari ini.
Pembentangan itu dibuat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat.
Semalam, blok pembangkang mahu membawa usul bagi meminda Perkara 47 dan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan agar warganegara berusia 18 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi dan layak menjadi calon pilihan raya.
Ketua pembangkang, Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan membawa usul persendirian itu ke Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata beliau senada dengan pembangkang semalam yang mahu kerajaan meminda supaya rakyat berumur 18 tahun automatik boleh mengundi dan layak jadi calon.
Beliau berkata anak muda sangat penting dalam melakukan perubahan.
“Sebagaimana sekarang ada ahli Parlimen yang muda termasuk menteri belia dan sukan,” katanya.