
Ahli Parlimen Pekan itu bersetuju pengisytiharan harta akan menyebabkan ahli Parlimen berdepan risiko keselamatan.
“Kita (pembangkang) bukan anggota badan eksekutif.
“Misalnya, kalau kita seorang peguam atau arkitek, kita ada punca (pendapatan) daripada sumber-sumber lain.
“Kalau sumber lain itu masuk dalam satu akaun, lepas itu ‘declare’ sebagai aset, jadi tidak adil sebab (rakyat akan sangka) dia punca daripada pendapatan sebagai ahli Parlimen,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Isnin lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua ahli Parlimen bersama pasangan dan anak mereka mengisytiharkan harta masing-masing, tanpa tanpa bantahan daripada ahli Parlimen pembangkang.
Usul pengisytiharan harta menyatakan ahli Parlimen yang gagal berbuat demikian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 80 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen yang membuat perakuan palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 3 Akta Akuan Berkanun 1960 dan Seksyen 199 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum 3 tahun dan denda mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan.