Gara-gara paksa suami buat ‘kerja rumah’ wanita didakwa

Gara-gara paksa suami buat ‘kerja rumah’ wanita didakwa

Adalah menjadi satu kesalahan di England jika memaksa seseorang melakukan sesuatu perkerjaan berulang kali tanpa kerelaan.

Kadangkala kita sebagai suami isteri memerlukan antara satu sama lain untuk menguruskan rumah dengan bergilir-gilir membersihkan rumah.

Tugas ini bukan hanya dilakukan oleh si isteri, tetapi suami juga perlu memahami akan tanggungjawab ini apabila si isteri meminta pertolongan.

Lain pula jadinya, kisah seorang wanita ini apabila beliau telah ditahan dan didakwa sebagai “queen control” selepas menyuruh suaminya yang seorang “bodybuilder” menolong buat kerja di rumah.

Valerie Sanders, 58 dari Catterick, Yorkshire Utara mendakwa dia mengarahkan suaminya Michael, 58, untuk meninggalkan sesi di gymnasium dan menggantikan rutin itu dengan kerja kerja-kerja di rumah.

Beliau yang sebelum ini telah dipenjarakan selama 17 jam kerana berdepan pertuduhan “mengawal tingkah laku” suaminya dijadual berdepan perbicaraan 25 Jun lalu bagaimanapun kesnya digugurkan.

Kes tersebut digugurkan selepas 14 bulan kerana saksi utama memutuskan untuk tidak lagi memberi kerjasama kepada pendakwaan.

Malah Sanders sendiri mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2014 hasil pertemuan atas talian 2 tahun sebelumnya.

Wanita itu berkata dia meninggalkan nota untuk Michael meminta dia untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah setiap hari bukannya memaksa.

Suaminya menggunakan semua waktunya di gim dan tidak melakukan apa-apa di rumah mereka kecuali membasuh keretanya.

“Suami saya terlalu obses dengan sukan bina badan selepas mendapat pekerjaan sebagai pengurus di sebuah gymnasium.

“Dia berlatih sepanjang masa. Beliau hanya akan makan lima atau enam kali sehari dan mengisar semua makanannya.”

Katanya, dia dan suami berhenti keluar makan bersama kerana dia berkerja dan suami berada di gym dari awal pagi sehingga lewat malam.

Malah Sanders juga tidak berpuas hati kerana dilayan seperti penjenayah sedangkan dia hanya meminta suaminya untuk menolongnya mengemas rumah mereka.

Pada April tahun lepas, 4 pegawai polis tiba di rumahnya dan menahan beliau atas tuduhan “mengawal tingkah laku”.

Kesalahan mengawal tingkah laku seorang individu berulang kali adalah satu tindakan memaksa dan membuatkan anda rasa dikongkong ataupun takut.

Ia adalah satu kesalahan jenayah pada tahun 2015 bagi memerangi tingkah laku bukan fizikal.

Dan kini mereka dalam proses perceraian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.