Dulu, produk vitamin C ini pernah menjadi viral dan habis dijual di kebanyakan farmasi gara-gara ia turut digunakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia merupakan antara suplemen yang dikatakan banyak khasiat kepada tubuh badan kita.
Walaupun ia tidak bertindak untuk memulihkan penyakit seperti selsema namun vitamin C mampu melindungi sistem imunisasi, penyakit mata dan masalah kulit.
Salah 1 produk yang pernah tular dulu ialah Berocca.
Berocca ni adalah tablet berperisa yang mengandungi formulasi Vitamin B kompleks yang tinggi yang telah terbukti secara saintifik dapat melepaskan tenaga dan prestasi mental.
Jadi Berocca ni sebagai booster untuk meningkatkan tenaga dengan hanya satu tablet.

Dalam Berocca ni juga ada bahan lain seperti Asid Panthotanic yang baik untuk kecergasan minda.
Dalam satu tablet Berocca juga ada Asid Folic, Vitamin C, Magnesium dan Zink.
Kebanyakan vitamin “effervescent” di pasaran Malaysia adalah vitamn C atau vitamin C dan Zinc.
Jadi pesaing bagi Berocca tidak banyak yang bentuk larut dalam air.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]