Pisang antara buah yang mempunyai kandungan gizi baik bukan saja enak dimakan, malah amat bermanfaat untuk kecantikan kulit khususnya wajah.

Mempunyai wajah yang cantik secara semula jadi tentunya menjadi idaman setiap wanita.
Malah penggunaan pisang saja membolehkan anda merawat kulit wajah dengan mudah bagi kaum lelaki.
Jika sudah makan pisang tentu kulitnya dibuang begitu saja, tetapi sebenarnya ia dapat dimanfaatkan agar kulit wajah lebih bersinar dan bersih.
Dengan harga yang murah, tentunya pisang boleh dicuba untuk mencantikkan kulit wajah walaupun memakan masa lama.
Caranya sangat mudah, selepas anda makan pisang, ambil kulitnya dan letakkan di muka 5 ke 10 minit.

Asasnya, pisang kaya dengan pelbagai nutrien termasuk vitamin B, B6 dan C serta magnesium, kalsium dan besi.
Daripada kandungan berkenaan, ia tentunya sangat baik untuk digunakan dalam perawatan wajah.
Untuk mencerahkan wajah, pisang juga boleh dijadikan masker oleh itu tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan kulit bersih dan putih.
Bagi menghilangkan jerawat pula, isi pisang yang matang dan berwarna kuning boleh dihancurkan secukupnya sebelum disapu ke setiap bahagian kulit wajah.
Jika kulit kasar dan kering, cubalah masker pisang secara rutin dalam beberapa minggu hingga kulit terasa halus dan lembut dengan menambah satu senduk madu yang diadun bersama pisang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]