
Timbalan presiden PPBM itu berkata jawatan itu adalah pengerusi, yang sekarang disandang bapanya, Mahathir Mohamad, presiden yang sekarang disandang Muhyiddin Yassin, dan jawatannya.
“Ini kerana terdapat suara akar umbi yang mahu, setidaknya jawatan pengerusi, dikekalkan pada penyandangnya,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Mukhriz mengumumkan dia dan bapanya akan mempertahankan jawatan masing-masing.
“Setakat ini tiada siapa yang nak lawan Mahathir,” katanya.
Mesyuarat agung tahunan PPBM dan pemilihan parti dijangka diadakan pada November, tetapi tarikh muktamad akan diputuskan pada satu mesyuarat agung luar biasa pada 20 Julai nanti.
Menurut Mukhriz, pemilihan jawatan di peringkat cawangan dan bahagian masih dibuat mengikut cara 1 ahli 1 undi.
Mukhriz memaklumkan akan ada cadangan cara sama digunakan bagi pemilihan jawatan-jawatan majlis tertinggi PPBM pada EGM nanti.