Tentera bunuh 8 anggota militan, cedera 12 di selatan Somalia

Tentera bunuh 8 anggota militan, cedera 12 di selatan Somalia

Pertempuran meletus selepas tentera kerajaan melancarkan serangan ke atas militan yang mengutip cukai secara paksa daripada penduduk.

Tentera Somalia mempergiat operasi ke atas kumpulan sekutu al-Qaeda di wilayah tengah dan selatan negara itu bagi memaksa militan terbabit keluar. (Gambar AFP)
OGADISHU:
Tentera Somalia pada Sabtu membunuh 8 anggota militan dan mencederakan 12 lagi dalam pertempuran antara tentera kerajaan dan puak pelampau al-Shabab di Moro Gabey, sebuah kampung yang terletak kira-kira 30 km dari pekan Hudur di wilayah selatan Bakol, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pegawai pada Ahad.

Mohamed Mo’alim Ahmed, pesuruhjaya Hudur memberitahu pemberita pertempuran meletus selepas tentera kerajaan melancarkan serangan ke atas militan yang bertindak mengutip cukai secara paksa daripada penduduk kampung Moro Gabey.

“Pasukan kami berjaya membunuh 8 orang pengganas dan mencederakan 12 yang lain,” kata Ahmed sambil menambah tentera kerajaan kehilangan 4 nyawa, manakala 2 lagi cedera semasa operasi itu.

Langkah itu diambil selepas tentera kerajaan pada Khamis berjaya membunuh 8 anggota militan al-Shabab dalam satu operasi di pekan Jamame di wilayah selatan Lower Juba.

Tentera Somalia mempergiat operasi ke atas kumpulan sekutu al-Qaeda di wilayah tengah dan selatan untuk memaksa militan terbabit keluar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.