10 maut serangan bom bunuh diri di Kabul

10 maut serangan bom bunuh diri di Kabul

Radio tempatan Salam Afghanistan mengatakan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri di Kementerian Pertahanan.

Taliban, melalui jurucakapnya, mengaku bertanggungjawab ke atas serangan bom yang dilaporkan membunuh 10 orang, termasuk pelajar sekolah. (Gambar Facebook)
KABUL:
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 65 lagi cedera dalam serangan pengebom bunuh diri, disusuli insiden tembak-menembak di Kementerian Pertahanan di Kabul, Afghanistan pada Isnin memetik pegawai dan media tempatan.

Menurut Pusat Maklumat Media Kerajaan di Kabul, berlaku serangan pengebom bunuh diri di sekitar Pul-e-Mehmood Khan dekat kawasan kejiranan Bazar.

Agensi berita Anadolu melaporkan berlaku tembak-menembak di jabatan logistik Kementerian Pertahanan di kawasan itu.

Kanak-kanak sekolah antara yang cedera.

Radio tempatan Salam Afghanistan mengatakan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam serangan itu.

Menurut media tempatan Tolo pula, letupan berlaku dekat dengan Persekutuan Bola Sepak Afghanistan dan Stadium Ghazi.

Memetik pegawai persekutuan itu, sekurang-kurangnya 16 anggota persekutuan cedera, selain menyebabkan kerosakan pada bangunan.

Taliban mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

“Berdasarkan maklumat, puluhan pegawai Kementerian Pertahanan dan tentera terbunuh,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahed.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.