
“Laluan Terowong SMART mirip laluan lebuh raya di atas.
“Biasanya, pengguna akan menggunakan Terowong SMART hanya pada masa laluan lebuh raya atas sesak.
“Tapi pada waktu malam atau pada masa laluan biasa itu tak sesak, jarang ada kereta akan menggunakan Terowong SMART.
“Apa gunanya nak bagi tol free hanya pada waktu malam di mana orang tak akan menggunakan Terowong SMART?” soalnya dalam catatan di Facebook hari ini.
Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan tawaran untuk mengambil alih konsesi 4 lebuh raya bertol di Lembah Klang pada harga RM6.2 bilion.
Empat syarikat konsesi lebuh raya bertol itu adalah Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) bernilai RM2.47 bilion, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) membabitkan RM1.984 bilion, Kesas Sdn Bhd bernilai RM1.377 bilion dan Terowong SMART pada nilai RM369 juta.
Gamuda Bhd memiliki 70% kepentingan dalam Kesas, SPRINT (52%), Litrak (44%) dan 50% dalam Terowong SMART. Litrak ialah pengendali Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Penawaran itu sejajar janji Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 lalu untuk memansuhkan kutipan tol di lebuh raya secara berperingkat dan berdasarkan terma perjanjian konsesi, jika ia memenangi PRU14.
Februari lalu, Putrajaya dilaporkan berkata, ia berhasrat memansuhkan mekanisme tol sedia ada dan memperkenalkan caj kesesakan, jika ia berjaya mengambil alih lebuh raya.
Tindakan itu dikritik Najib yang mempersoalkan siapa yang mendapat manfaat daripada waktu luar puncak antara 11 malam dan 5 pagi.
“Adalah tidak logik mengenakan caj ketika orang sedang tidur. Kita mahu memberikannya kepada rakyat secara percuma ketika mereka sedar, bukan ketika mereka tidur.
“Siapa yang masih berjaga dari jam 11 malam hingga 5 pagi? Hanya hantu, peminum arak, LGBT dan mereka yang mencari pelanggan, mungkin,” katanya ketika berkempen untuk Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Semenyih pada Februari lalu.