
“Ia langkah penting dan amat bermakna kerana ketika ini isu Palestin sedang melalui fasa kritikal memandangkan keadaan yang berlaku di rantau itu,” kata Farhat dalam satu temu bual.
Katanya, langkah Oman itu mewakili sokongan politik dan moral, selain sebagai menyokong usaha serta perjuangan rakyat dan kepemimpinan Palestin untuk mendapatkan hak mereka.
Keputusan membuka kedutaan itu diumumkan pada Rabu.
Kenyataan rasmi dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Oman mengatakan keputusan berkenaan sebagai lambang sokongan berterusan Oman terhadap rakyat Palestin.
Oman akan menghantar delegasi kementerian ke Ramallah untuk memulakan prosedur pembukaan kedutaan.
Duta Palestin berkata, sokongan padu itu bukanlah yang pertama kerana Oman sentiasa teguh berdiri bersama-sama Palestin.
“Kami berharap semua negara Arab akan membuka kedutaan di Palestin kerana ia mencerminkan pengiktirafan terhadap Palestin sebagai sebuah negara,” kata Farhat.
Kini terdapat puluhan kedutaan di Palestin, katanya.