Kebiasaannya kaum lelaki memang tak cerewat dan akan “bedal” apa sahaja yang ada di depan mata mereka.

Tapi mulai sekarang kaum lelaki harus mengambil berat semua jenis makanan yang diambil tanpa had dan melihat kepada kesannya boleh mengakibatkan penyakit berbahaya.
Sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan sihat yang patut orang lelaki makan setiap hari bagi memastikan diet anda seimbang dan paling penting ia memberi kesan baik kepada tubuh badan anda!
Sembilan daripada 10 lelaki memang tak makan sayur. Ini adalah fakta yang memang tidak dapat dinafikan.
Apa kata cuba ubah amalan itu dengan makan bayam yang mempunyai banyak khasiat khususnya untuk lelaki.
Kajian mendapati lelaki yang makan bayam dengan kerap dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif selain melancarkan peraliran darah dalam badan.
Kalau tak suka makan bayam, apa kata campurkan dalam smoothie atau protien shake atau campurkan dalam salad anda!
Daripada makan snek ringan apa kata mula ganti dengan mengunyah kacang badam yang tinggi dengan magnesium dalam membantu mengekalkan otot dan sistem saraf anda.
Ramai yang tak suka makan tomato tetapi percayalah ia baik untuk kesihatan anda kerana ia mempunyai antioksida yang melindungi lelaki daripada kanser prostat.
Seperti mana tomato, beri biru juga baik untuk lelaki dalam mencegah kanser prostat malah membantu anda mengurangkan berat badan.
Kentang sebenarnya kaya dengan potasium berbanding sebiji pisang selain ia membantu memberi tenaga kerana kandungan karbohidrat di dalamnya terutamanya kepada anda yang gemar melakukan aktiviti lasak.
Sumber Eat This
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]