Anak Hadi menang besar, Nik Abduh kekal jawatan AJK PAS Pusat

Anak Hadi menang besar, Nik Abduh kekal jawatan AJK PAS Pusat

Keputusan itu juga menyaksikan beberapa pemimpin yang menang dalam pemilihan lalu tersingkir, termasuk pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Anak Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil, yang pertama kali bertanding sebagai ahli jawatankuasa pusat parti itu mendapat undi terbanyak mengatasi 29 calon lain.
KUANTAN:
Muhamad Khalil Abdul Hadi yang pertama kali bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menang besar apabila mendapat jumlah undi paling tinggi.

Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendapat 956 undi mengatasi 29 calon lain yang turut bertanding.

Keputusan itu diumumkan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Mohd Fuad Mohd Salleh yang memberitahu bahawa pemilihan kali ini berjalan lancar tanpa kewujudan kumpulan-kumpulan bagi menyokong calon tertentu.

“Sebanyak 1,230 perwakilan layak mengundi,” katanya ketika mengumumkan keputusan pemilihan pimpinan utama PAS bagi sesi 2019-2021 pada muktamar tahunan PAS kali ke-65 di Kuantan hari ini,

Pertandingan bagi merebut 18 kekosongan itu turut menyaksikan
Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang juga anak bekas mursyidul am PAS mengekalkan kemenangan sebelum ini.

Keputusan hari ini juga menyaksikan beberapa nama pemimpin yang menang dalam pemilihan lalu tersingkir, termasuk pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Muka baru yang berjaya mengisi tempat dalam kelompok 18 yang menang, ialah bekas naib pesiden PAS, Iskandar Abdul Samad dan ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Pemilihan kali ini menyaksikan semua jawatan utama parti, iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden dimenangi tanpa bertanding.

Berikut senarai penuh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi sesi 2019-2021

Pengerusi tetap: Hussin Ismail

Timbalan pengerusi tetap: Kamal Shaari

Presiden: Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden: Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib presiden:

Idris Ahmad

Mohd Amar Abdullah

Ahmad Samsuri Mokhtar

Ahli Jawatankuasa Kerja:

Muhammad Khalil Abdul Hadi (956 undi)

Dr Azman Ibrahim (947 undi)

Dr Halimah Ali (943 undi)

Dr Mohamed Fadzli Hassan (860 undi)

Riduan Mohd Noor (858 undi)

Ir Iskandar Abdul Samad (856 undi)

Nassuruddin Daud (877 undi)

Mohd Zuhdi Marzuki (843 undi)

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (781 undi)

Mohd Khairuddin Aman Razali (781 undi)

Dr Najihatussolehah Ahmad (758 undi)

Kamaruzzaman Mohamad (747 undi)

Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (726 undi)

Nasruddin Hassan (714 undi)

Siti Zailah Mohd Yusoff (682 undi)

Mokhtar Senik (679 undi)

Misbahul Munir Masduki (670 undi)

Sallehen Mukhyi (645 undi)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.