K-Pop Idol teruk dikecam kerana berpakaian terlalu seksi

K-Pop Idol teruk dikecam kerana berpakaian terlalu seksi

Kumpulan Berry Good mendakwa kostum yang dipakai dari watak Ahri League of Legends disediakan pihak penganjur.

K-Pop Idol John dari kumpulan Berry Good teruk dikecam selepas netizen menganggap kostum League of Legends “terlalu mendedahkan.”

Penyanyi comel itu berpakaian sebagai watak Ahri dari League of Legends untuk acara eSports “Game Dolympic 2019: Golden Card”.

Sayangnya sesetengah netizen menganggap kostum yang dipakai mendedahkan sehingga kelihatan susuk tubuh badan, ketat malah agak tidak beretika.

Bagaimanapun, label Berry Good menjelaskan kepada orang ramai bahawa kostum tersebut disediakan oleh penganjur itu sendiri dan pihak mereka hanya memakainya sahaja.

Melalui Instagram, Johyun menjelaskan kotroversi dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kumpulan mereka.

Sumber Wanista.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.