
Suboh Md Yassin berkata seorang “pegawai SPRM” yang tidak dapat dikenal pasti memberitahunya jangan pergi ke pejabat badan anti-rasuah itu dan meninggalkan Malaysia.
Beliau memberitahu timbalan pendakwa raya Ishak Mohd Yusoff bahawa dia ketika itu mahu mengambil inisiatif untuk memberi penjelasan semasa isu SRC jadi topik panas.
Suboh tidak dapat mengenal pasti orang itu tetapi orang itu bercakap dalam bahasa Melayu.
“Saya takut kerana pada masa itu Najib masih berkuasa,” katanya.
Beliau berkata Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Faisal Arif Kamil memberitahu syarikat ia melibatkan perdana menteri ketika itu.
Menurut Suboh, Nik Faisal memberitahunya: “Kamu mesti pergi.”
Suboh berkata dia berada di Bangkok selama sebulan dan juga dibawa ke Abu Dhabi dan tinggal di situ selama seminggu.
“Tiket penerbangan saya ke Abu Dhabi dan penginapan dibayar oleh seseorang yang saya tidak tahu,” katanya.
Beliau pulang ke tanah air selepas sebulan dan sekali lagi diarah Nik Faisal untuk meninggalkan Malaysia selepas pilihan raya umum ke-9 tahun lepas tetapi dia enggan.
Saksi ke-42 itu berkata Nik Faisal mengarahkan dia berbuat demikian untuk menghalang pihak berkuasa menyoalnya.
“Saya buat keputusan untuk tidak melarikan diri dan berada di Malaysia untuk membantu siasatan pihak berkuasa.”
Najib berdepan 3 pertuduhan pecah amanah jenayah, 1 pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan 3 pertuduhan pengubahan wang melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Beliau juga didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan ke atas pinjaman SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan sebanyak RM4 bilion.