Aznan Aziz dilantik penolong gabenor Bank Negara

Aznan Aziz dilantik penolong gabenor Bank Negara

Pelantikan itu berkuat kuasa 1 Julai ini.

Aznan Abdul Aziz ialah graduan Universiti Bristol di United Kingdom dalam jurusan ekonomi dan perakaunan. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Bank Negara Malaysia melantik Aznan Abdul Aziz sebagai penolong gabenor yang baru berkuat kuasa 1 Julai ini.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, Aznan bertanggungjawab ke atas pengawasan pembayaran, pengawalseliaan konglomerat kewangan, pengawalseliaan perbankan serta pengawalseliaan insurans dan takaful serta Jabatan Risiko dan Jabatan Penyeliaan Teknologi.

Beliau sebelum ini berkhidmat di beberapa jabatan BNM, termasuk penyeliaan konglomerat kewangan, pejabat gabenor, perbankan Islam dan takaful, pemantauan kewangan, pembangunan sektor kewangan, perisikan kewangan dan Jabatan Kawal Aturan Bank.

Aznan ialah lulusan ekonomi dan perakaunan dari Universiti Bristol, United Kingdom.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.