Tertekan boleh menyebabkan rambut gugur

Tertekan boleh menyebabkan rambut gugur

Ramai wanita yang mempunyai masalah keguguran rambut teruk namun tidak tahu punca, apatah lagi cara merawatnya.

Rambut adalah mahkota wanita dan ia harus dijaga dengan baik dan rapi supaya ia kelihatan sihat dan terurus.

Namun dalam penjagaan rapi itu, terdapat masalah dimana sering berlaku keguguran rambut dan terdapat beberapa di bahagian kepala menjadi sedikit botak.

Kenali puncanya!

1. Tertekan

Tak kira sama ada fizikal atau emosi, stress boleh memberi kesan kepada badan melalui sumber-sumber tertentu dan apabila “overwhelmed”, kulit kepala bukan menjadi keutamaan.

Stress memberi kesan kepada cara tidur atau selera makan, atau mengganggu keseimbangan hormon, dan memberi kesan kepada keguguran rambut.

Kesannya? Rambut banyak gugur membuatkan anda lebih stress berjuta kali ganda.

Cari teknik menghilangkan stress yang terbaik, apa-apa saja seperti ketenangan minda atau terapi, mandi panas dan pesta Netflix.

Lakukan yang terbaik untuk menangani masalah sebelum ia menjadi di luar kawalan. Lebih baik anda uruskan, lebih mudah rambut tumbuh sihat kembali.

2. Terlebih mendandan rambut

Jika anda jenis gadis yang menggayakan bun ballerina atau tocang ketat sepanjang hari, tiap-tiap hari, rambut anda boleh menjadi nipis akibat daya tarikan, satu situasi di mana ketegangan berlaku disebabkan oleh gaya rambut tertentu menyebabkan rambut jadi nipis, terutamanya di sekitar garis rambut dan di belakang telinga.

Anda perlu mula membiarkan rambut tidak terikat, jadi rambut akan pulih dengan sendirinya; tetapi jika folikel makin teruk, anda perlu berjumpa doktor kulit atau pakar rambut untuk melihat jika mana-mana aspek kerosakan adalah teruk.

3. Folikel rambut tersekat

Rambut yang menawan memerlukan akar yang bagus, jadi tidam mengejutkan apabila kulit kepala anda kelihatan tak sihat membuatkan pertumbuhan rambut tersekat.

Pilih produk yang direka khas untuk menguatkan rambut dan kulit kepala, guna syampu yang betul sekerap mungkin kerana ramai pakar mencadangkan setiap dua hingga tiga minggu sekali untuk bersihkan kulit kepala dan singkir sel-sel kulit mati agar rambut sihat.

4. Diet perlu ditukar

Keguguran rambut disebabkan oleh kekurangan pemakanan yang sihat akibat mengamalkan diet yang sangat ketat, atau hanya diet di mana anda makan sudah rasa cukup, tapi bukan makanan yang betul.

Rambut diperbuat daripada protein, jadi ia memerlukan banyak protein untuk lebih sihat dan ia perlu top up Omega 3, Vitamin A, D dan E, dan zink. Ikan, sayur-sayuran, telur, kacang, dan daging tanpa lemak seperti ayam adalah perkara yang hebat untuk diambil sebagai permulaan.

5. Anemia

Selain semua perkara di atas, kekurangan zat besi boleh berkembang menjadi anemia sepenuhnya dan boleh membuatkan rambut anda lebih keras. Ia adalah perkara biasa dalam kalangan wanita, kerana semasa datang haid, anda kehilangan banyak zat besi setiap bulan.

Anda perl mengambil supplement zat besi dimana pastikan anda bercakap dengan doktor terlebih dahulu untuk menilai tahap kamu sebelum mengalami beberapa masalah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.