Selepas penyerang dan bintang sensasi pasukan Liverpool, Mohamed Salah berjaya mencipta nama selepas kejayaan demi kejayaan yang dicetusnya bersama pasukan itu, kini ia mula menarik minat banyak kelab untuk memilikinya.

Bagaimanapun Salah membuat keputusan untuk menolak tawaran lumayan dari pasukan Real Madrid dan Juventus untuk musim hadapan dan memberitahu mungkin akan mempertimbangkan semula tawaran untuk musim seterusnya.
Bintang antarabangsa Mesir itu dikaitkan dengan tawaran sebanyak £150 juta (RM795 juta) untuk pindah ke Madrid namun sudah memberitahu kelab berkenaan betapa dia belum sedia meninggalkan Liverpool musim ini.
Dalam respon lain, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sedar mengenai minat besar kelab gergasi itu terhadap Salah dan pernah berbincang dengan pegawai kanan kelab berkenaan mengenai tawaran berkenaan.
Nampaknya, Liverpool perlu memastikan pasukan mereka kekal kuat dan menjadi lebih kuat musim depan supaya pemain-pemain ini terus berada bersama pasukan terbabit.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]